suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rihanna enggan beri kerjasama dengan penyiasat

Rihanna dikatakan belum bersedia untuk tampil membantu siasatan berhubung kes dicederakan oleh kekasihnya, Brown
Rihanna dikatakan belum bersedia untuk tampil membantu siasatan berhubung kes dicederakan oleh kekasihnya, Brown
Rihanna dikatakan belum bersedia untuk tampil membantu siasatan berhubung kes dicederakan oleh kekasihnya, Brown

BINTANG popular antarabangsa, Rihanna, yang sebelum ini cedera teruk akibat dipukul kekasihnya, Chris Brown, dilaporkan belum bersedia untuk memberikan kerjasama dalam siasatan kes tersebut.

Menurut sumber, penyanyi yang popular dengan lagu Umbrella itu tidak mahu memikirkan tentang "semua perkara" tersebut dan lantaran itu dia tidak mahu membantu peguam membuat persediaan berhubung kes itu.

Difahamkan, Rihanna juga marah apabila mendapat tahu gambar yang mempamerkan wajahnya akibat dipukul kini tersebar luas dan juga kerana dia digambarkan sebagai mangsa Brown.

Kesetiaan yang ditunjukkan Rihanna terhadap Brown itu dilihat mampu memberikan kesan negatif apatah lagi peminat-peminatnya menganggap Rihanna adalah 'role model' dan mengharapkan penyanyi itu tampil membantu kes tersebut.

Namun begitu, tanpa keterangan Rihanna, pihak pendakwa juga sebenarnya telah mempunyai bukti kukuh yang dikatakan telah mencukupi untuk mendakwa Brown bersalah.

Kes tersebut akan didengar di mahkamah pada 6 April ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain