suria

Robin Williams jalani pembedahan jantung

Robin Williams telah menjalani pembedahan jantung yang dinamakan "cardioversion", yakni satu prosedur untuk membetulkan degupan jantungnya yang tidak normal.
Robin Williams telah menjalani pembedahan jantung yang dinamakan
Robin Williams telah menjalani pembedahan jantung yang dinamakan "cardioversion", yakni satu prosedur untuk membetulkan degupan jantungnya yang tidak normal.

AKTOR terkenal Robin Williams terpaksa menunda rakaman bualbicaranya "Weapons of Self-Destruction" kerana terpaksa menjalani pembedahan injap jantung.

"Saya sungguh terharu dengan sokongan yang diberikan oleh semua orang dan juga curahan ucap selamat yang datang," kata Robin yang terpaksa membatalkan empat persembahannya -Seminole Hard Rock Hotel & Casino, Hollywood, Florida; UFC Arena in Orlando; dan Sundom, Tampa, kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.

Williams kini sedang dirawat di ICU untuk penyakit jantungnya di University of Miami/Jackson Memorial Medical Center di Sealatan Miami.

Satu sumber memberitahu yang pelakon berusia 57 tahun ini telah menjalani pembedahan jantung yang dinamakan "cardioversion", yakni satu prosedur untuk membetulkan degupan jantungnya yang tidak normal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman webnya, Williams mengalami masalah pendek nafas.

"Dia kini sedang dirawat oleh beberapa doktor pakar dan dia disyorkan supaya berehat selama seminggu sekurang-kurangnya," kata kenyataan rasmi itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain