suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Radio Jakim, SALAM FM mula siaran percubaan

[SEMASA] KUALA LUMPUR: SALAM FM, stesen radio berfokuskan dakwah dan ajaran Islam kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), memulakan siaran percubaannya Ahad lalu dari 1 pagi hingga 8 pagi.

Jakim dalam satu kenyataan berkata siaran itu boleh diikuti melalui beberapa gelombang FM iaitu FM 91.1 megahertz di Lembah Klang, FM 102.5 megaherzt di kawasan Pahang Barat, FM 105.1 megahertz di Cameron Highlands dan melalui Gelombang Pendek Kebangsaan (GPK) 6070 kilohertz.

Pendengar di luar negara juga dapat mengikuti siaran ini melalui gelombang pendek SW 9750 kilohertz 31 meter dan SW 9750 kilohertz 48.58 meter.

"Penubuhan dan pengoperasian SALAM FM adalah bagi menyahut trend semasa, iaitu medium radio mempunyai keberkesanan langsung yang pantas, mudah, dan murah untuk diaplikasi bagi tujuan dakwah," kata Jakim. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain