suria

Nasir anak Tan Sri P. Ramlee meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Anak kepada seniman agung Tan Sri P. Ramlee, Mohamad Nasir Ramlee, meninggal dunia akibat sakit jantung dan buah pinggang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang ini.

Mohamad Nasir, 55, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.10 petang setelah dimasukkan ke hospital itu pada pukul 3 petang.

Allahyarham merupakan anak tunggal P. Ramlee hasil perkahwinannya dengan seniwati Junaidah. Mohamad Nasir, yang dilahirkan di Singapura, mengadu sakit sejak dua hari lepas, demikian menurut Roslay Raffie, seorang rakan karib Allahyarham.

Mohamad Nasir, yang bertugas di Istana Budaya, pernah membintangi sebuah filem bertajuk "Bujang Lapok Kembali Da...". BERNAMA

Artikel Sebelum

Zizie dibayangi kejahatan Norell

Artikel Berikut

Artikel Lain