suria

Sudah seminggu meninggal dunia, pengurus kongsi berita sedih kehilangan Lee Seo Yi

Seo Yi dilaporkan sudah meninggal dunia pada 20 Jun lalu.

PELAKON Korea Selatan Lee Seo Yi dilaporkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu pada usia 43 tahun, 

Berita kematian aktres berkenaan tidak diketahui ramai dan hanya dikongsi selepas lebih seminggu dia menghembuskan nafas terakhir. 

Berita pemergian Seo Yi dikongsikan pengurusnya.

Pengurus kepada mendiang iaitu Song Seo Bin memaklumkan perkara berkenaan dan hanya memohon doa peminat selepas kematian Seo Yi. 

"Saya menulis ini untuk memberitahu anda yang Seo Bin sudah pergi buat selamanya pada 20 Jun lalu.

"Saya tahu anda semua pasti terkejut dan sedih dengan berita pemergiannya, tetapi tolong doakan agar mendiang berada di tempat yang indah," katanya dalam satu hantaran yang di muat naik di Instagram. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon watak ‘Chucky’ meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Park Min Jae meninggal dunia mengejut di China

Seo Bin juga tidak mendedahkan punca kematian dan tempat mendiang dikebumikan. 

Seo Yi mula bergelar pelakon pada 2013 dengan drama sejarah MBC, Hur Jun, The Original Story. 

Antara karya lain lakonan Seo Yi adalah seperti filem The King dan Killing Romance, manakala bagi drama pula ialah Cheongdam-dong Scandal.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain