suria

Pelakon watak ‘Chucky’ meninggal dunia

Ed meninggal dunia pada usia 61 tahun.

PELAKON Ed Gale yang popular dengan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play meninggal dunia pada usia 61 tahun. 

Berita kematian itu dimaklumkan oleh anak saudaranya iaitu Kayse Gale di laman Facebook memberitahu pelakon berkenaan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat. 

Pun begitu, butiran lanjut mengenai punca kematian Ed tidak didedahkan dan disifatkan sebagai kematian mengejut. 

Ed (kiri) sinonim dengan watak Chucky menerusi filem Child's Play.

Menerusi perkongsian dibuat, Kayse sempat mengimbau kembali perjalanan karier bapa saudaranya sebelum menjadi pelakon terkenal. 

“Dengan berat hati saya ingin memaklumkan bapa saudara saya, Ed sudah meninggal dunia. 

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang siri ‘Baywatch’ Pamela Bach meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon veteran Kim Soo Mi meninggal dunia akibat serangan jantung

“Saya ingat lagi ketika usianya 20 tahun, dia (Ed) berhijrah ke California dengan berbekalkan wang sebanyak $41 (RM170) untuk mengejar impiannya sebagai pelakon," katanya. 

Untuk info, Ed muncul dengan filem pertama lakonannya berjudul 1986 Howard the Duck sebelum membawakan watak Chucky, iaitu anak patung yang dimiliki oleh pembunuh bersiri dalam filem Child’s Play pada 1988.

Sepanjang kariernya sebagai pelakon, Ed pernah membintangi lebih 130 buah filem ternasuk program televisyen dan iklan komersial.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

@mstarmalaysia AEON Bank tawar 8x mata ganjaran, pulangan tunai, hadiah menarik dan gamifikasi Neko Missions sempena ulang tahun pertama #beritaditiktok #viral #fyp #sembangentertainment Mozart Minuet with violin(815356) - 松本一策

Artikel Lain