suria

Bintang siri ‘Baywatch’ Pamela Bach meninggal dunia

Pamela dipercayai mati bunuh diri.

PELAKON yang popular menerusi siri Baywatch Pamela Bach meninggal dunia pada usia 62 tahun pada Rabu lalu.

Pamela ditemukan tidak bernyawa dengan kesan luka tembakan dipercayai dilakukan sendiri pelakon tersebut.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih melakukan siasatan berhubung punca sebenar kematian Pamela.

Bekas suami Pamela minta orang ramai bertenang dan hormati keluarganya.

Anak perempuannya iaitu Hayley Hasselhoff terkejut ketika bertemu mayat ibunya dan berlari ke luar rumah dalam keadaan menangis selepas melihat kejadian itu.

Bekas suaminya Pamela iaitu aktor David Hasselhoff menyatakan rasa dukacita dan memohon agar memberi ruang privasi kepada mereka sekeluarga.

"Keluarga amat bersedih dengan pemergian Pamela dan kami bersyukur dengan ucapan takziah daripada peminat dalam tempoh sukar ini.

"Namun kami memohon diberi ruang dalam menempuh keadaan ini," kata David.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis dedah punca kematian, Kim Sae Ron dah lama berdepan tekanan

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Meteor Garden’ Barbie Hsu meninggal dunia selepas pulang bercuti dari Jepun

Untuk rekod, Pamela dan David berkahwin pada 1989, namun bercerai selepas 17 tahun bersama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Taylor dan Hayley.

Pasangan ini pernah bergandingan dalam siri popular Baywatch dan Knight Rider.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain