suria

Cubaan seludup 17 jongkong emas diikat pada badan gagal, pelakon popular India ditahan polis

Ranyo merupakan anak tiri kepada pegawai kanan polis.

CUBAAN pelakon Ranya Rao menyeludup 17 jongkong emas dari Dubai ke India gagal apabila perbuatannya itu berjaya di kesan pihak berkuasa.

Ranyo, 31, ditahan pihak berkuasa ketika berada Lapangan Terbang Antarabangsa Kempegowda, Bengaluru pada Ahad lalu.

Memetik laporan Hindustan Times,  emas bernilai 1.2 bilion rupee (RM6.3 juta) diikat pada badannya bagi mengelakkan ia daripada dikesan.

Gambar Ranyo (kanan) ketika ditangkap pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, Ranyo kerap melakukan perjalanan ke Dubai  sekali gus mendatangkan rasa curiga.

Jelasnya, sepanjang 2024 lalu, Ranyo pergi ke Dubai sebanyak 30 kali dan empat kali pada tahun ini.

Buat masa ini, siasatan secara terperinci sedang dilakukan bagi mengenal pasti Ranyo bertindak sendiri atau terdapat sebarang sindiket di belakangnya. 

“Setiap perjalanan ke Dubai, suspek dipercayai menyeludup beberapa kilogram emas ke India dan memperoleh bayaran antara 1.2 juta rupee (RM60,970) hingga 1.3 juta rupee (RM66,061).

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaik demi anak-anak, Jennifer Garner tak berminat kembali bersama Ben Affleck

ARTIKEL BERKAITAN: DJ Koo tolak warisi harta Barbie Hsu, mahu serah pada ibu mentua

“Selain jaket, Rao turut menggunakan tali pinggang direka khas untuk membolehkannya menyeludup emas tanpa dikesan.

“Kami mengesyaki Rao dibantu oleh polis tempatan,” katanya.

Ranyo kini ditahan di Penjara Pusat Parappana Agrahara, India.

Berita penangkapan Ranyo mengejutkan ramai memandangkan dia juga merupakan anak tiri kepada pegawai kanan polis.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain