SUAMI pelakon Barbie Hsu iaitu DJ Koo menolak mewarisi harta peninggalan mendiang isterinya yang meninggal dunia pada 3 Februari lalu.
Memetik laporan China Times, DJ Koo atau Koo Jun Yup, 56, sepatutnya mewarisi satu pertiga daripada harta peninggalan Hsu.
Pun begitu, DJ Koo merancang menyerahkan bahagian miliknya kepada ibu mentuanya.

DJ Koo sangat sayang pada Hsu.
"Semua harta yang dikumpulkan dengan susah payah oleh Hsu adalah untuk keluarganya.
"Jadi saya berniat memberikan bahagian saya kepada ibu mentua saya," katanya.
Bagaimanapun, mengikut undang-undang Taiwan, harta peninggalan bersifat peribadi dan tidak boleh diserahkan kepada orang lain.
Sekiranya DJ Koo menolak dari mewarisi harta isterinya, maka ia akan menjadi milik dua anak mendiang.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Meteor Garden’ Barbie Hsu meninggal dunia selepas pulang bercuti dari Jepun
ARTIKEL BERKAITAN: DJ Koo menangis setiap hari sampai mata bengkak, belum terima hakikat kematian Barbie Hsu
Memandangkan dua anaknya masih di bawah umur, harta tersebut akan diuruskan oleh bapa kandung mereka iaitu Wang Xiao Fie.
Untuk rekod, Barbie menghembuskan nafas terakhir pada 3 Februari lalu akibat penyakit pneumonia ketika meraikan Tahun Baru Cina di Jepun.
Barbie dan DJ Koo mendirikan rumah tangga pada 2022 namun tidak mempunyai cahaya mata.
Sebelum itu, Hsu pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan dari Cina, Wang Xiao Fei dan memiliki dua orang cahaya mata.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


