suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Industri Hollywood huru-hara, Dakota Johnson selar penerbit buat filem sama

Dakota mengharapkan satu kelainan dalam industri filem.

PELAKON Dakota Johnson meluahkan rasa kecewa dengan industri perfileman di Hollywood kerana banyak menghasilkan karya penceritaan yang sama berulang kali.

Dakota, 36, berkata, perkara itu seperti sudah menjadi satu trend pihak produksi di sana sehingga merasakan naskah terkini kurang keasliannya.

Dakota anggap filem di Hollywood sudah kurang keaslian dari segi jalan cerita.

"Saya rasa industri perfileman di Hollywood sudah menjadi huru-hara.

"Apabila sesuatu karya itu berjalan dengan baik, produksi mahu meneruskannya supaya mereka membuat semula perkara yang sama," katanya.

Jelas Dakota, peminat sekarang sudah bijak menilai dan kebanyakkan daripada mereka mahukan idea serta jalan cerita yang segar untuk ditonton.

ARTIKEL BERKAITAN:  Tak selesa pakaian terdedah, Dakota Johnson guna tisu tutup dada

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun bercinta, Chris Martin dan Dakota Johnson sudah bertunang

Tambah aktres itu, jika trend ini semakin berleluasa, peminat akan hilang minat menonton filem-filem yang diterbitkan produksi di Hollywood.

"Peminat sekarang tidak mahu lihat perkara sama, mereka mahu karya yang segar dan baru untuk ditonton.

"Jika buat jalan cerita yang sama sahaja, lama kelamaan mereka akan hilang minat untuk menonton filem," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain