suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kongsi petua jaga suara, Jessica Simpson minum air mani ular

Jessica terbuka berkongsi amalan minuman herba dari China.

PENGAKUAN penyanyi Jessica Simpson tentang rahsia dia menjaga suara mengejutkan ramai peminat.

Secara terbuka Jessica, 45, memberitahu dia meminum herba dari China yang mengandungi air mani ular sebagai salah satu bahan di dalamnya.

Menurut penyanyi ini dia mempelajari petua berkenaan daripada guru vokalnya sendiri.

Jessica kembali merakamkan lagu baharu.

"Orang bertanya saya minum apa? Saya sendiri tidak tahu. Guru vokal yang cadangkan saya mimun.

"Kemudian saya buat carian di internet dan mendapati ia adalah air mani ular," katanya.

Jessica berkongsi perkara tersebut dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kareena Kapoor jaga makan dan bersenam, mahu bekerja sampai usia 85 tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Makin kurus! Meghan Trainor ambil suntikan percepat proses kuruskan badan

Dalam masa sama dia juga menyarankan kepada rakan-rakan artis untuk mengamalkan petua sama bagi menjaga suara.

"Rasanya seperti madu. Jika nak suara bagus, boleh minum sprema ular," ujarnya.

Jesicca kini tampil dengan lagu baharu berjudul Blame Me.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain