suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah sokong Israel, Kylie Jenner hilang sejuta pengikut Instagram

Kylie Jenner hilang sejuta pengikut selepas memuat naik posting sokong Israel.

JUMLAH pengikut Instagram Kylie Jenner berkurangan sebanyak satu juta selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap Israel yang sedang melancarkan perang terhadap Palestin.

Meskipun kiraan pengikut Kylie hanya mengalami penurunan satu peratus, namun ia ketara iaitu daripada 400 juta kepada 399 juta pada petang Selasa lalu.

Sebelum ini, usahawan berusia 26 tahun itu bertindak mengulang siar hantaran Instagram pro rejim zionis itu yang memaparkan bendera Israel.

NP

Posting Kylie di Instagram Stories miliknya yang menyokong Israel.

Hantaran itu disertai dnegan tulisan 'Now and Always, We Stand With the People of Israel' sebagai sokongan terhadap Israel.

Bagaimanapun adik Kim Kardashian itu memadam hantaran tersebut selepas sejam ia dimuat naik susulan menerima ribuan kecaman daripada pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner koyak kena sekolah dengan netizen, padam hantaran sokongan terhadap Israel

ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal buat pembedahan kosmetik, Kylie Jenner harap anak tak ulang kesilapan lama

Ramai meminta Kylie tidak ikut campur urusan berkaitan politik apatah lagi menunjukkan sokongan terhadap Israel tanpa mengetahui situasi sebenar.

Malah ada memintanya membaca terlebih dahulu sejarah Palestin sebelum berpihak kepada Israel.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain