BINTANG realiti Kylie Jenner menjadi sasaran netizen selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap Israel yang sedang melancarkan perang terhadap Palestin. Kylie, 26, bertindak mengulang siar hantaran Instagram @StandWithUs yang memaparkan bendera Israel dengan tulisan Now and Always, We Stand With the People of Israel sebagai sokongan terhadap rejim zionis berkenaan. Bagaimanapun adik Kim Kardashian itu memadam hantaran tersebut selepas sejam ia dimuat naik selepas menerima ribuan kecaman daripada pengikutnya. Kylie menerima kecaman netizen dengan sokongannya kepada Israel. Ramai meminta Kylie untuk tidak ikut campur urusan berkaitan politik apatah lagi menunjukkan sokongan terhadap Israel tanpa mengetahui situasi sebenar. Malah memintanya membaca dahulu sejarah Palestin sebelum memihak kepada Israel. ARTIKEL BERKAITAN: Menyesal buat pembedahan kosmetik, Kylie Jenner harap anak tak ulang kesilapan lama ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga restu hubungan Kylie Jenner dan Timothee Chalamet "Jangan masuk urusan politik dan mengatakan yang kamu menyokong Israel. Palestin sudah lama menderita. "Adakah anda manusia sekiranya anda menyokong zionis?," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!