suria

Suami Ariana Grande terima RM5 juta penyelesaian penceraian

Ariana failkan cerai terhadap Dalton pada 19 September lalu.

PENYANYI Ariana Grande dan suami Dalton Gomez mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan tuntutan penceraian mereka yang difailkan bulan lalu.

TMZ melaporkan Ariana akan membayar Dalton sebanyak AS$1.2 juta (RM5.9 juta) selain menerima separuh wang hasil menjual kediaman mewah mereka di Los Angeles.

Ariana, 30, turut bersetuju membayar AS$25,000 (RM120,00) yuran guaman bagi pihak Dalton.

aRIANA 3

Ariana perlu membayar sejumlah wang kepada Dalton.

Perjanjian tersebut sudah pun difailkan di mahkamah dan sedang menanti hakim menandatangani dokumen tersebut sebelum penceraian mereka dibubarkan secara rasmi.

"Masih ada rasa saling menyayangi dan menghormati antara Ariana dan Dalton.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 2 tahun kahwin, Ariana Grande fail cerai kerana tiada lagi persefahaman

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar berlakon bersama, Ariana Grande dan Ethan Salter main cinta di set filem ‘Wicked’

"Mereka mahu memastikan semua urusan penceraian mereka dibuat secara berhati-hati dan mengikut langkah sepatutnya," kata sumber pasangan tersebut.

Ariana dan Dalton mendirikan rumah tangga pada Mei 2021 dalam sebuah acara tertutup.

Berita perpisahan pasangan itu hebat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu selain Ariana dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain