PENYANYI rap Drake mengumumkan bakal membiayai kos perubatan salah seorang peminatnya yang menderita penyakit multiple sclerosis (MS). Drake atau Aubrey Drake Graham, 36, mengumumkan perkara itu ketika mengadakan persembahan di Toronto, Kanada baru-baru ini. Penyanyi tersebut sebelum itu tiba-tiba menghentikan persembahan selepas paparan skrin di atas pentas menunjukkan seorang peminat memegang kad tertulis mengenai masalah kesihatan dialaminya. Tindakan spontan Drake membuatkan ramai peminat kagum. Drake juga berjanji akan memperkenalkan peminat wanita itu kepada komposer 40 atau Noah James Shebi yang turut menghidap masalah sama. "40 merupakan seorang yang sangat kuat, dia telah melalui banyak cabaran. Saya akan perkenalkan awak kepada dia dan mungkin boleh bercakap mengenainya. ARTIKEL BERKAITAN: Kononnya ditangkap polis Sweden, Drake perdaya peminat umum konsert jelajah ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tahu alamat, Jungkook reda takdir jadi artis tapi minta jangan datang rumah "Seterusnya saya akan bayar apa sahaja untuk membantu anda. Saya berjanji," katanya. Menerusi rakaman video yang tersebar, peminat itu dilihat tidak dapat menahan air mata menerima respon dari Drake pada malam berkenaan. Dalam perkembangan lain, Drake turut mengumumkan bakal berehat daripada dunia muzik selepas ingin memberi fokus kepada masalah sakit perut yang dialami sejak beberapa tahun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!