suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Foto Kim Dong Hyun peluk wanita tersebar, agensi nafi kekasih cuma rakan sekampung

Gambar Dong Hyun berpelukan dengan seorang wanita menjadi bualan netizen.

BARU-BARU ini tersebar gambar penyanyi Kim Dong Hyun dilihat berpelukan dengan seorang wanita di tepi sebuah jalan.

Menerusi komen netizen di foto berkenaan, anggota kumpulan AB6IX ini juga dikatakan naik ke sebuah bangunan rumah bersama individu yang dikatakan teman wanitanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama berdiam diri, akhirnya Lee Seung Gi jawab dakwaan putus cinta... Sengaja kunci mulut bimbang kenyataan diputar belit

Tampil menjelaskan keadaan sebenarnya, agensi yang mewakili AB6IX memberitahu wanita berkenaan adalah teman lama kepada Kim Dong Hyun.

"Wanita tersebut adalah rakan dari kampung halamannya. Mereka berjumpa selepas Dong Hyun makan malam bersama anggota kumpulan lain.

"Dong Hyun mengambil teksi pulang ke rumah selepas mereka berjumpa.

"Mereka tidak bercinta. Wanita itu hanyalah dari kumpulan rakan Dong Hyun sahaja," jelas kenyataan tersebut.

Dalam perkembangan lain, AB6IX akan memulakan jelajah promosi mereka pada Julai nanti di Jepun dan beberapa bandar di Amerika Syarikat. -ALLKPOP

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Kim Dong Hyun, AB6IX

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia