suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Hae Ri (Davinchi) kahwin Julai ini, rahsiakan identiti tunang

Lee Hae Ri teruja menunggu hari bahagia.

PENYANYI Lee Hae Ri yang juga merupakan seorang anggota kumpulan duo Davinchi mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada Julai depan.

Hae Ri berkongsi berita tersebut melalui sepucuk surat yang dimuat naik di laman Instagram, namun tidak mendedahkan identiti lelaki pilihannya.

"Bagaikan satu mimpi apabila mahu berkongsi cerita ini... saya akan berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi berita bakal jadi isteri Hwang Ji Seon, Hoon (U-Kiss) bimbang peminat kecewa

"Lelaki itu seorang yang baik dan saya belajar banyak perkara daripadanya. Apabila bersama saya sentiasa rasa gembira.

"Dia seorang yang menghormati dan mengambil berat tentang saya. Saya akan menggembirakan dia dan sentiasa bersamanya," jelas Hae Ri.

Sementara itu, agensi Wakeone yang mewakili Hae Ri memaklumkan majlis perkahwinan tersebut hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat dan tunang penyanyi itu bukanlah seorang selebriti.

"Majlis akan diadakan secara kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh keluarga, saudara mara dan teman rapat.

"Kami berharap semua dapat faham mengapa dia merahsiakan identiti tunangnya, lelaki itu bukanlah seorang selebriti.

"Semoga dapat terus memberi sokongan kepada Hae Ri yang bakal memulakan fasa baharu dalam kehidupan," jelas kenyataan tersebut. -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia