suria

Kongsi berita bakal jadi isteri Hwang Ji Seon, Hoon (U-Kiss) bimbang peminat kecewa

Hoon takut peminat kecewa kerana umumkan perkahwinan.

ANGGOTA kumpulan U-Kiss iaitu Hoon berkongsi berita gembira bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Hwang Ji Seon pada 29 Mei ini.

Dalam sepucuk surat yang ditulis olehnya, Hoon meluahkan rasa gementar untuk berkongsi cerita perkahwinan tersebut kerana bimbang peminat akan merasa sedih.

ARTIKEL BERKAITAN: Hyun Bin dah ‘off market’, kini milik Son Ye-Jin

“Saya bimbang dengan perkongsian ini peminat yang banyak memberi sokongan akan kecewa.

“Bagaimanapun saya rasakan perlu untuk memberitahu keputusan penting dalam hidup saya ini. Walaupun mungkin anda terkejut, tetapi saya mengharapkan semua dapat beri sokongan.

“Buat pertama kami saya mahu perkenalkan kekasih saya iaitu Hwang Ji Seon yang mungkin ada telah kenali menerusi beberapa program di televisyen.

“Kami akan berkahwin pada 29 Mei. Walau memulakan kehidupan yang baharu, namun saya tidak akan berhenti menjadi Hoon U-Kiss yang anda semua kenal,” ujarnya.

Hoon dan Ji Seong akan berkahwin dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja.

Untuk rekod, Ji Seong sebelum ini pernah menjadi anggota kumpulan Girl’s Day pada tahun 2010, namun hanya bertahan selama dua bulan sahaja. -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain