suria

Didakwa sudah meninggal dunia… Marshanda doa YouTuber bertambah pengikut, boleh bagi makan keluarga

Marshanda muat naik paparan skrin tajuk YouTube yang mendakwa dia sudah meninggal dunia.

TIADA angin, tiada ribut... Tiba-tiba selebriti Indonesia Marshanda dikhabarkan sudah meninggal dunia menerusi sebuah video yang dimuat naik sebuah saluran YouTube baru-baru ini.

Bagaimanapun Marshanda tidak mengambil perkara tersebut terlalu serius dan menganggap individu yang berkongsi berita palsu itu sengaja meletakkan ‘tajuk’ sebegitu hanya untuk menarik penonton.

Malah, Marshanda tetap mendoakan individu tidak bertanggungjawab itu mendapat apa yang diinginkan dengan menghasilkan ‘content’ sebegitu di YouTube.

"Innalillah... Ingat! Tajuk konten yang 'super clickbait' seperti ini tak menganggu hidup saya. Kenapa? Sebab saya doakan agar saluran YouTube dia bertambah tontonan dan pengikut.

"Tambah duit dari iklan dari produk untuk beri makan kepada keluarga," kata Marshanda.

Marshanda memuat naik paparan tajuk YouTube tersebut di laman Instagram miliknya dan rata-rata netizen turut mengkritik individu yang menyebarkan berita palsu melibatkan kematian itu.

Dalam pada itu, Marshanda menganggap kemungkinan individu tersebut tidak mempunyai niat ‘jahat’ dengan melakuan perkara yang dianggap kejam.

"Belum tentu niat orang itu ‘jahat’, kerana boleh jadi kita tidak tahu penderitaan yang mereka lalui ketika mereka melakukan perkara itu secara kejam," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain