suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajay Devgn hanya akan mengarah filem yang mencabar dan beri inspirasi

Ajay lebih gemar mengarahkan filem yang memberikan inspirasi kepada penonton.

MAHU mencabar diri, pelakon Ajay Devgn hanya akan mengarah filem yang tidak mudah untuk dilakukan seperti dua karya berjudul Shivaay atau Runway 34.

Menurut suami kepada Kajol itu, dia lebih memilih sebuah karya yang memberi inspirasi kepada dirinya.

"Saya sentiasa cuba mengarah filem yang tidak mudah dibuat, secara teknikal, sama ada Shivaay atau Runway 34. Saya suka filem yang mencabar saya semasa pembikinannya.

"Jika ada cerita yang memberi inspirasi kepada saya sehingga rasa ingin menceritakannya sendiri, barulah saya mengarahkannya, jika tidak, tiada gunanya," kata Ajay.

Dalam pada itu, Ajay turut memberitahu dia mahu mencuba mengarah pelbagai genre termasuklah filem yang berskala kecil.

"Tidak ada perancangan untuk mengarahkan genre yang berbeza kerana tidak ada daya tarikan untuk mana-mana genre tertentu. Saya ingin mencuba pelbagai perkara.

"Saya akan mengarahkan filem berskala kecil, suatu hari nanti. Saya fikir 'Ajay Devgn' bukan sahaja bermaksud untuk filem besar," ujarnya.

Sumber - Hindustantimes

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia