suria

[VIDEO] Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel dan suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

SELEBRITI terkenal Indonesia Vanessa Angel dilaporkan terbabit kemalangan jalan raya di Nganjuk arah Surabaya, Jawa Timur, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Kombes Gatot Repli Handoko mengesahkan Vanessa dan suaminya, Febri Andriansyah meninggal dunia dalam kejadian terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Artis kontroversi Indonesia Vanessa Angel tiada pendapatan, terpaksa jual kebab

"Dua orang meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka,"

"Dua orang meninggal dunia atas nama Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah," kata Gatot seperti dipetik CNN Indonesia.

Jenazah Vanessa dan suami kini dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Menurut pihak polis, tiga individu lain yang mengalami kecederaan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan.

"Kesemua mangsa yang cedera dibawa ke Rumah Sakit Kertosono Nganjuk," katanya.

Vanessa, 28, sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dijatuhi hukuman penjara lima bulan selepas didapati bersalah terbabit pelacuran.

Dia ditangkap polis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di Surabaya, Indonesia pada 5 Januari 2019.

Pada Disember 2019, Vanessa dilaporkan berkahwin secara senyap-senyap dengan Febri Ardiansyah tanpa pengetahuan keluarganya.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Gala Sky Ardiansyah yang kini berusia setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain