suria

Lady Gaga berdepan masalah psikologi... terbawa-bawa watak Patrizia Reggiani walaupun selepas habis penggambaran

Lady Gaga masih terkesan dengan watak Patrizia Reggiani dalam filem House of Gucci.

PENYANYI terkenal Hollywood Lady Gaga mendedahkan dia berdepan masalah psikologi selepas menghabiskan penggambaran filem House Of Gucci.

Kata Gaga, dia terlalu mendalami watak Patrizia Reggiani dalam filem tersebut sehingga sukar untuk kembali kepada realiti sebenar kehidupannya.

"Saya mengalami sedikit kesukaran psikologi ketika di penghujung penggambaran. Saya ada di bilik hotel saya bercakap seperti Reggiani walaupun bukan berada di dalam set penggambaran. Saya rasa macam masuk dalam dunia dia.

"Saya masih ingat ketika keluar berjalan-jalan, tiba-tiba saya jadi panik sebab saya fikir saya sedang berada di set penggambaran filem itu" ujarnya.

Gaga juga berkata, dia telah hidup sebagai Reggiani selama setahun setengah dan bercakap dalam dialek Italy.

Lady Gaga bakal tampil dalam filem terbaharu berjudul House Of Gucci yang memegang watak sebagai isteri kepada waris dinasti fesyen Gucci.

Dia membawa watak Patrizia Reggiani iaitu bekas isteri Maurizio Gucci yang didapati bersalah kerana mendalangi pembunuhan bekas suaminya, Maurizio Gucci.

Filem ini akan ditayangkan pada 24 November depan. - GeoNews

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Lady Gaga, House of Gucci

Artikel Lain