suria

Rahsiakan kehamilan isteri, rupa-rupanya Justin Timberlake dah timang cahaya mata kedua

Justin Timberlake sudah sembilan tahun berkahwin dengan aktres Jessica Biel.

PENYANYI Justin Timberlake, 40, mengesahkan dia dan isteri, Jessica Biel telah selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki pada Julai tahun lalu.

Pendedahan itu dibuat Justin ketika wawancara secara eksklusif dalam program temubual kendalian Ellen DeGeneres, The Ellen Show pada Isnin.

Menurut pelantun lagu Cry Me A River itu, Ellen merupakan antara individu terawal yang dimaklumkan mengenai berita gembira itu selain daripada ahli keluarga Justin dan Jessica.

"Nama anak lelaki kami ialah Phineas dan dia sangat comel. Sejak kelahirannya memang kami jarang dapat tidur yang mencukupi tapi saya dan Jessica tak kisah semua itu sebab gembira dengan kehadirannya," katanya.

Justin Timberlake dan Jessica Biel bersama anak sulung mereka, Silas.

Justin dan Jessica, 39, turut mempunyai seorang lagi anak lelaki iaitu Silas yang kini berusia enam tahun.

Bercakap mengenai anak sulungnya yang sudah bergelar abang, Justin berkata Silas menyambut baik kehadiran adiknya.

"Silas sangat gembira dengan kehadiran Phineas. Setakat ini semua baik-baik sahaja, Silas pun semakin menggemari sukan tenis sekarang," katanya.

Justin dan Jessica berkahwin pada 19 Oktober 2012 di Fasano, Itali selepas lebih lima tahun menjalinkan hubungan istimewa. - People.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain