suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 tahun menduda, Ariel NOAH mahu betul-betul bersedia jika mahu berkahwin sekali lagi

Ariel masih belum memikirkan untuk berkahwin sekali lagi.

SELEPAS 12 tahun bercerai dengan Sarah Amalina, penyanyi terkenal Indonesia Ariel NOAH dilihat lebih selesa memegang status sebagai duda.

Memetik laporan Liputan6, sepanjang tempoh itu Ariel hanya pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti pelakon Luna Maya dan Sophia Latjuba.

Menurut Ariel ketika ditemu bual dengan Anya Geraldine menerusi saluran YouTube, dia perlu mempersiapkan dirinya sekiranya mahu berkahwin sekali lagi namun sehingga kini masih belum terfikir ke arah itu.

"Kalau nak berkahwin lagi tu antara bersedia atau tidak, tapi sebenarnya kena betul-betul bersedia. Cuma kalau sudah bersedia bernikah itu tanda tanya atau kenyataan?

"Kalau kenyataan, saya tidak pernah berkata demikian. Mungkin saya belum bersedia untuk berkahwin lagi," kata Ariel.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain