suria

Blake Shelton mahu turun berat badan 9 kg sebelum majlis perkahwinan dengan Gwen Stefani

Blake dan Gwen bakal berkahwin dalam sebuah acara tertutup namun masih belum mempunyai tarikh.

MAHU kelihatan lebih segak, penyanyi Blake Shelton nekad untuk menurunkan berat badannya sebelum melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi Gwen Stefani.

Memetik laporan Hollywoodlife, Blake mengakui berat badannya naik secara mendadak sepanjang tempoh menjalani kuarantin berikutan pandemik Covid-19.

Biarpun merahsikan jumlah kenaikan berat badan namun Blake mahu menurunkan lebih sembilan kilogram berat badannya sebelum majlis perkahwinan mereka.

"Saya berasa kalau saya cakap kena turun lebih sembilan kilogram, saya perlu lakukannya. Saya tak mampu nak melihat diri saya di cermin lagi. Jadi saya perlu lakukannya," katanya.

Blake juga mendedahkan dia dan Gwen terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan mereka disebabkan Covid-19 yang melanda seluruh dunia namun tetap akan berkahwin dalam sebuah acara yang diadakan secara tertutup.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain