suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beza usia 8 tahun… Anak Ahmad Dhani, El Rumi tak terfikir bercinta dengan pilot

El Rumi tak pernah terfikir untuk bercinta dengan seorang juruterbang.

PENYANYI El Rumi menjadi perbualan hangat peminat selepas bapa tirinya iaitu Irwan Mussry menjodohkan dia dengan seorang juruterbang cantik dikenali Athira Farina.

Menurut laporan DetikHot, Irwan mengusik anak tirinya itu selepas El Rumi mengakui berkenalan dengan seorang gadis di pulau peranginan Bali, baru-baru ini.

Gara-gara usikan itu, netizen membuat andaian memang benar anak kepada penyanyi Ahmad Dhani dan Maia Estianty ini sudah bertemu pengganti.

Menjawab mengenai gosip itu, El, 21, berkata dia belum mengenali gadis itu secara lebih mendalam.

Malah, perbezaan jarak usia juga menjadi penghalang untuk mereka serius memikirkan tentang cinta.

“Ya! Kenal macam itu saja, baru sangat kenal. Tak pernah terfikir nak bercinta dengan pilot... kebetulan orang jodohkan kami!

“Umur pun jauh beza, lapan tahun berbeza, ” katanya.

El sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Amanda Manopo dan Marsha Aruan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain