suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kalah kes saman The Sun, Johnny Depp tuntut perbicaraan semula

Johnny Depp kalah saman fitnah terhadap tabloid The Sun, November lalu.

SELEPAS kalah dalam tuntutan kes saman fitnah terhadap tabloid The Sun pada November lalu, pelakon Johnny Depp menuntut perbicaraan semula diadakan terhadap kes tersebut.

Sebelum ini, Johnny menyaman tabloid berkenaan selepas penyiaran sebuah artikel berjudul 'The Wife Beater' (kaki pukul isteri) merujuk kepada perlakuan ganas aktor itu terhadap bekas isterinya, pelakon Amber Heard.

Memetik Just Jared, pelakon Pirates of the Caribbean itu mendakwa perbicaraan sebelum ini tidak berlaku adil kerana hakim membuat keputusan berdasarkan bukti yang tidak dikaji dengan secara mendalam.

Peguam Johnny, David Sherborne sudah pun menyerahkan dokumen sokongan kepada Mahkamah Rayuan London bagi pertimbangan tersebut.

Hanya tinggal kenangan, saat bahagia Johnny bersama bekas isteri, Amber Heard.

Perbicaraan yang berlangsung selama 16 hari pada Julai lalu itu turut melibatkan Amber yang memberi keterangan untuk membela diri, menuduh bekas suami menyerangnya sebanyak 14 kali sewaktu mereka masih berkahwin.

Johnny dan Amber berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran filem The Rum Diary pada 2009.

Pasangan itu kemudiannya berkahwin pada 2015 namun disahkan bercerai dua tahun selepas itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain