suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kuat agama dan pintar jadi kriteria lelaki idaman Agnez Mo

Lelaki beriman antara ciri lelaki idaman Agnez Mo.

JIKA sebelum ini Agnez Mo seorang yang berahsia mengenai kisah peribadi namun penyanyi kelahiran Indonesia itu kini semakin terbuka berkongsi mengenai dirinya.

Memetik laporan Liputan6, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Matahariku ini mengakui masih belum terbuka hati untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

Bagaimanapun, Agnez tetap mendedahkan dua ciri lelaki idamannya iaitu seorang yang pandai dan juga mempunyai ilmu agama selain keserasian yang paling utama.

"Tak kisah siapa dia... bagi saya, yang paling penting kena sepadan. Sudah tentu, lelaki itu perlu beriman dan pandai. Tapi bukan sekadar hanya pandai sahaja," kata Agnez.

Sebelum ini, Agnez pernah dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan beberapa lelaki iaitu Wijaya Saputra, Daniel Mananta, dan Deddy Corbuzier.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain