suria

Maklumat identiti tunangan Kang Sora terbongkar

Kang Sora mengumumkan sudah bertunang dengan jejaka misteri pada Isnin.

SEJAK pelakon terkenal Korea Selatan Kang Sora mengumumkan bahawa dia sudah mengikat tali pertunangan, peminat mula berkongsi rasa ingin tahu tentang identiti jejaka yang berjaya menambat hati aktres itu.

Menurut laporan pada Selasa, aktres tersebut bakal mengahwini seorang doktor perubatan oriental yang berusia lewat 30an.

ARTIKEL BERKAITAN: Kang Sora umum kahwin dengan jejaka bukan artis

Jejaka itu turut dikatakan seorang yang baik hati dan datang dari keluarga yang baik, malah merupakan seorang yang kacak.

"Banyak orang kelihatan terkejut dengan berita pertunangan itu kerana kedua-duanya merahsiakan perhubungan mereka.

"Ketampanan jejaka tersebut membuatnya menonjol malah ia kelihatan seperti seorang lelaki dan wanita yang tampan telah bertemu," katanya.

Kang Sora dan tunangnya bakal berkahwin pada 29 Ogos ini dan mengadakan majlis kecil dengan hanya kehadiran ahli keluarga terdekat.

Pada tahun 2017, Kang Sora pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Hyun Bin namun berpisah selepas beberapa tahun.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kang Sora, kdrama, kpop

Artikel Lain