suria

Bella Hadid yakin Gigi, Zayn Malik bakal jadi ibu bapa terbaik!

Bella yakin Gigi Hadid bakal jadi seorang ibu yang baik. Foto: Girlfriend Australia

ADIK kepada model terkenal, Gigi Hadid iaitu Bella Hadid turut meluahkan rasa gembira apabila mengetahui kakaknya itu hamil.

Menurut laporan Hollywood Life, sumber memberitahu Bella berkata dia yakin Gigi dan Zayn bakal menjadi ibu bapa yang baik dalam membesarkan anak mereka kelak.

"Bella nampak bersemangat dan gembira apabila mendengar berita Gigi mengandung. Dia yakin kakaknya itu akan menjadi ibu yang luar biasa.

"Kata Bella lagi, sudah ditakdirkan Gigi mengandung dalam tempoh kuarantin, jadi dia dan Zayn dapat melalui proses kehamilan itu bersama-sama.

"Ia semestinya satu detik bahagia yang cukup indah buat Zayn dan Gigi... Bella yakin mereka akan jadi ibu bapa yang baik," kata sumber.

Difahamkan, Bella bersama pasangan berkenaan sedang menjalani kuarantin di rumah ibu mereka di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Gigi Hadid dan Zayn Malik mengesahkan berita kehamilan itu semasa ditemubual dalam program The Tonight Show with Jimmy Fallon, baru-baru ini.

Pasangan itu dilaporkan kembali bercinta selepas mengambil keputusan untuk mengakhiri hubungan pada Januari 2019.

Gigi, 25, atau nama sebenarnya, Jelena Noura Hadid adalah model Amerika-Palestin, manakala Zayn, 27, atau nama sebenarnya Zain Javadd Malik adalah rakyat Britain berketurunan Pakistan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Gigi Hadid, Bella Hadid, Zayn Malik

Artikel Lain