suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Luah perasaan di Twitter, Ansel Elgort anggap peminat Harry Styles 'gila'

Ansel Elgort respon Tweet peminat Harry.

PELAKON siri Divergent, Ansel Elgort membalas komen seorang netizen yang dipercayai peminat Harry Styles.

Memetik laporan Hollywoodlife, Elgort, 26, tidak dapat menahan diri dari memberi respon berkenaan dengan menganggap individu itu sebagai gila.

"@Harry_Styles awak tak tahu betapa bahagianya hari-hari saya kerana awak. Saya harap saya dapat berjumpa dan memeluk awak suatu hari nanti. Follow saya, please? Saya sayang awak!" ujar peminat itu.

Ansel Elgort komen sikap peminsat Harry Styles di Twitter.

"Pengguna aplikasi ini gila. Dia tiada dalam aplikasi ini pun," respon Elgort.

Bagaimanapun, Harry Styles yang merupakan bekas anggota kumpulan One Direction sememangnya mempunyai akaun Twitter sendiri walaupun kebanyakan tweet itu hanya untuk tujuan promosi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia