suria

Sedar diri semakin popular, Dua Lipa paten nama!

Dua Lipa paten namanya kerana bimbang menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

UMUM mengetahui penyanyi Dua Lipa merupakan antara bintang Hollywood yang memiliki pendapatan tertinggi di dunia.

Justeru itu, bagi mengelakkan dirinya menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab, penyanyi lagu New Rules ini mengambil keputusan mempatenkan namanya.

Menurut laporan NBC, Dua Lipa sudah mendaftar namanya untuk ratusan barangan antaranya pakaian, kosmetik, permainan, buku dan peralatan dapur.

"Dia sedar dirinya kini sangat diminati dan tindakannya itu bagi menjana pendapatan sampingan dengan mengikut jalan yang betul.

"Dia perlu melindungi beberapa perkara mengenai dirinya supaya tiada yang menyalahgunakan namanya.

"Dia memiliki gambar untuk dilindungi sehingga tidak akan melakukan sesuatu yang terlalu banyak dari projek pengambilan wang secara terang-terangan," kata seorang sumber kepada The Sun.

Dua Lipa mendaftarkan namanya di Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan Asia.

Jika permohonannya itu diluluskan, penggunaan nama Dua Lipa haruslah mendapatkan keizinannya mengikut peraturan selama 10 tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dua Lipa

Artikel Lain