suria

Hubungan cinta Liam Hemsworth dan Gabriella Brooks berakhir, 'unfollow' IG masing-masing

Liam dan Gabriella mula jalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu.

HUBUNGAN cinta antara pelakon Liam Hemsworth dan model terkenal iaitu Gabriella Brooks dikhabarkan sudah berakhir baru-baru ini.

Memetik laporan Hollywoodlife, berita itu mula menjadi bualan hangat apabila pasangan itu didapati tidak lagi mengikuti satu sama lain di laman sosial Instagram pada Rabu.

Rata-rata netizen berpendapat hubungan mereka berakhir disebabkan sudah lama tidak bertemu disebabkan Perintah Berkurung akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.



Pasangan ini berhenti mengikuti perkembangan masing-masing di Instagram.

Bagaimanapun, kali terakhir pasangan ini kelihatan meluangkan masa bersama di Los Angeles sehari sebelum California melaksanakan Perintah Berkurung pada 19 Mac lalu.

Liam dan Gabriella mula menjalinkan hubungan cinta selepas mereka kerap meluangkan masa bersama di Australia pada penghujung tahun 2019.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Liam Hemsworth, Gabriella Brooks

Artikel Lain