suria

Kylie dan Kendall Jenner didakwa guna corak renda pada seluar dalam tanpa kebenaran, syarikat fabrik fail saman

Kendall dan Kylie berdepan tuduhan mencuri rekaan renda bagi seluar dalam jenama mereka.

BINTANG sensasi Kylie dan model terkenal Kendall Jenner bakal berdepan saman gara-gara rangkaian jenama pakaian dalam dua beradik ini didakwa menggunakan corak renda milik sebuah syarikat pembekal fabrik terkenal di New York, Amerika Syarikat tanpa kebenaran mereka.

Menurut laporan dokumen yang difailkan kepada dua selebriti popular itu mendakwa rekaan bunga serta corak lingkaran pada salah satu koleksi seluar dalam thong jenama itu adalah sama seperti yang dihasilkannya sebelum ini.

Klauber mendakwa mereka memiliki bukti yang kukuh iaitu rekaan dua dimensi yang digunakan ketika proses untuk menghasilkan lace berkenaan dan adalah mustahil untuk mengatakan ia berlaku secara kebetulan kerana rekaan yang begitu terperinci.

Sebagai bukti, Klauber mendakwa dia turut memiliki hak cipta bagi rekaan renda berkenaan.

Corak renda pada seluar dalam jenama Kylie dan Kendall sama dengan rekaan renda milik Klauber.

Selain seluar dalam, rekaan renda sama turut digunakan pada salah satu rekaan pakaian dalam jenama selebriti berkenaan yang turut dijual secara atas talian.

Menurut laporan TMZ.com, Klauber Bros Inc. ingin menuntut jumlah kerugian yang dihadapi mereka berikutan corak lace Klauber yang digunakan pada bahagian pinggang seluar dalam thong berkenaan.

"Kami juga perlu dibayar untuk kesemua rekaan seluar dalam yang telah dijual dengan menggunakan corak renda kami," ujarnya.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan yang diterima daripada dua selebriti itu.


Kendall Jenner, Kylie Jenner, saman

Artikel Lain