suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dapur jadi bualan... Kim Kardashian tunjuk dapur seperti 'supermarket', peti ais sebesar bilik

Kim Kardashian menunjukkan bahagian dapurnya yang seperti sebuah pasaraya.

BARU-BARU ini peti ais bintang Kim Kardashian mendapat perhatian apabila segelintir netizen menganggap rumah selebriti popular itu kekurangan makanan.

Perkara itu berikutan video Instagram story yang dimuat naik Kim memperlihatkan bahagian dalam kediamannya.

Kim turut memuat naik foto memperlihatkan dia sedang berdiri di depan peti ais yang terbuka.

Bahagian dapur rumah Kim Kardashian.

Menerusi foto itu hanya terlihat beberapa botol air mineral dan susu kotak sahaja.

Menyedari dapurnya menjadi perbualan netizen, Kim mengambil peluang itu untuk memperlihatkan semua makanan yang berada di dapurnya.

Menerusi posting itu, Kim berjalan di semua bahagian dapur yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Malah dia mempunyai sebuah bilik sejuk beku khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu segar. 

Dia juga mengamalkan bahan makanan yang sihat dan organik.

SUMBER: METRO UK

Kim Kardashian

Artikel Lain