suria

Pelakon 'Ayat-Ayat Cinta 2', Chelsea Islan akhirnya temui cinta baharu, peminat gembira dapat restu dari ibu

Chelsea akhirnya menemui cinta baharu.

TEKA-TEKI mengaitkan pelakon terkenal filem Ayat-Ayat Cinta 2, Chelsea Islan menjalinkan hubungan cinta bersama seorang usahawan muda akhirnya terjawab.

Menerusi kapsyen pada sebuah gambar yang memaparkan Chelsea bersama seorang lelaki dikenali sebagai Rob Clinton Kardinal, dia memberi bayangan seolah-olah kini sedang bahagia.

"Hanya cinta dan senyumanmu yang aku perlukan dalam hidup," tulisnya.

Posting itu sekaligus menjawab segala persoalan yang mengaitkan aktres berkenaan.

Ibu Chelsea iaitu Samantha juga seolah-olah merestui hubungan anaknya itu dengan usahawan muda berkenaan apabila turut meninggalkan komen positif.

"Teruskan dengan hubungan ini... Saya tahu untuk menjaga hubungan tidak semudah disangka namun percayalah kesabaran akan membuahkan hasil," tulisnya.

Antara perkongsian yang dimuat naik Rob di laman Instagram miliknya.

Sementara itu, rata-rata peminat mereka meluahkan rasa gembira terhadap hubungan cinta yang terjalin.

Tidak kurang juga ada yang mengharapkan agar pasangan itu segera melangsungkan perkahwinan.

Rob dan Chelsea yang selama ini tidak pernah membuat posting bersama kini dilihat lebih terbuka mengenainya apabila Rob turut memuat naik beberapa keping lagi gambar bersama di laman Instagram.

Chelsea sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki yang juga merupakan pelakon, iaitu Daffa Wardhana selama setahun.

Hubungan mereka bagaimanapun dikatakan berakhir selepas kedua-duanya dilihat memadamkan foto bersama di laman Instagram masing-masing. - Liputan6.com

Chelsea Islan, bercinta

Artikel Lain