suria

Jimin BTS individu paling popular Korea bulan Oktober, nama paling banyak dicari dengan kata kunci Army!

Jimin BTS, Kang Daniel dan Taeyeon individu popular Korea bulan ini. Foto: SOOMPI

AHLI kumpulan BTS, Jimin menduduki carta pertama sebagai individu paling popular Korea pada bulan Oktober ini.

Menurut laporan CNN, kedudukan selebriti popular itu dikeluarkan oleh The Korea Business Research Institute mengambil kira reputasi dan carian peminat terhadap bintang Kpop kesayangan mereka.

Institut berkenaan menganalisis penyertaan masyarakat terhadap laporan media dan interaksi di internet dan mengumpul data kajian sejak 26 September sehingga Ahad lalu.

Hasil kajian mendapati Jimin BTS menerima 14,715,889 undian dan popularitinya itu naik sebanyak 11.52 peratus berbanding bulan September.

Malah, namanya juga paling banyak dicari di internet termasuklah menggunakan kata kunci Army dan foto berkaitan.

Memandangkan dia menyambut ulang tahun kelahiran pada 13 Oktober lalu, maka carian perkataan 'ulang tahun Jimin' turut membantu menaikkan peratus kedudukannya.

Lebih mengagumkan, 91.4 peratus topik perbincangan netizen mengenai Jimin juga bersifat positif.

Sementara itu, tempat kedua diduduki oleh Kang Daniel dan ketiga, Taeyeon.

Berikut merupakan kedudukan 10 bintang Kpop popular bagi bulan Oktober 2019:

1. Jimin BTS

2. Kang Daniel

3. Taeyeon Girls' Generation

4. Hwasa MAMAMOO

5. V BTS

6. Ha Sung-woon HOTSHOT

7. Jungkook BTS

8. Kai EXO

9. Baekhyun EXO

10. Chen EXO

SUMBER: CNN

Jimin BTS, Kang Daniel

Artikel Lain