suria

Jadual tetamu selebriti 'kacau', Simon Cowell batal majlis mewah hari jadi ke-60 saat akhir

Simon batal majlis hari jadi mewah.

SIMON COWELL membatalkan sambutan hari jadi ke-60 dua hari sebelum tarikh majlis eksklusif yang sepatutnya diadakan di sebuah restoran di Barat London.

Juri program realiti The X Factor ini mengundang tetamu selebriti di seluruh dunia bagi meraikan ulang tahunnya di restoran Chelsea, La Famiglia, pada malam Rabu.

Simon dan pasangannya Lauren Silverman, 42, menghantar pembatalan majlis itu dengan alasan konflik penjadualan.

Seorang jurucakap Simon memberitahu MailOnline, keputusan itu dibuat untuk menangguhkan majlis makan malam itu pada Isnin.

Keutamaan Simon adalah jadual kerjanya yang sangat sibuk termasuk siri The X Factor, projek TV dan muzik.

Selain itu, majlis besar-besaran itu akan ditunda pada bulan Disember depan.

Restoran Chelsea, La Famiglia.

Bagaimanapun, menerusi satu sumber, tindakan Simon yang membatalkan pada saat akhir telah mengganggu jadual kerja tetamu golongan selebriti terutama dari luar negara yang sudah membuat persiapan untuk majlis berkenaan.

"Membatalkan beberapa hari sebelum majlis benar-benar menjejaskan rancangan tetamu yang sudah membuat perancangan untuk itu," ujarnya.

Menerusi surat pembatalan itu, Simon meminta maaf tidak dapat meneruskan majlis ulang tahunnya seperti dirancang.

"Sayang sekali, saya minta maaf makan malam ini terpaksa dibatalkan atau ditangguh.

"Masalah jadual memaksa saya untuk tidak menganjurkan majlis pada masa ini. Kami akan maklumkan apabila ia dijadualkan semula.

"Terima kasih kerana memahami," ujar notis pembatalan itu.

Simon Cowell

Artikel Lain