suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shawn Mendes dedah tarikh hubungan cinta dengan Camila Cabello mula terjalin

Shawn dan Camila mula bercinta selepas lancar lagu Senorita.

TEKA-TEKI mengenai hubungan cinta pasangan Shawn Mendes dan Camila Cabello akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengesahkan perkara tersebut.

Memetik laporan Hollywoodlife, Shawn mendedahkan tarikh sebenar hubungan mereka terjalin selepas ditanya peminat menerusi sebuah video yang dimuat naik di Twitter.

"Hubungan cinta bukan dah lama terjalin seperti yang didakwa. Kami mula bercinta secara rasmi pada 4 Julai lalu," kata Shawn.

Hubungan Shawn dan Camila mula dihidu peminat sejak mereka bekerjasama menerusi lagu Senorita.

Sebelum ini, khabar angin hubungan cinta Shawn dan Camila selepas mereka bekerjasama menerusi lagu Senorita pada Jun lalu.

Biarpun pernah mempunyai perasaan satu sama lain namun Camila enggan meletakkan status mereka sebagai pasangan kekasih.

Baru-baru ini, netizen membuat spekulasi pasangan ini sudah berpisah ekoran Shawn memadam video mesra mereka di IG.

Shawn Mendes, Camila Cabello

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia