suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat terkejut, Adele susut hampir 20 kilogram selepas bercerai

Adele kehilangan berat badan hampir 20 kilogram selepas bercerai dengan suaminya April lalu.

PENYANYI Adele mengejutkan ramai peminatnya menerusi penampilan terbaharunya yang dilihat jauh lebih langsing selepas bercerai dengan suaminya, Simon Konecko April lalu.

Menurut laporan News.com.au, kehadiran penyanyi lagu Someone Like You ini hampir tidak disedari sewaktu dia muncul ke majlis ulang tahun penyanyi Drake yang ke-33 tahun baru-baru ini.

Adele dikatakan berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 20 kilogram dan kelihatan anggun dalam busana serba hitam yang digayanya pada malam itu.

Dalam pada itu, Adele dilihat turut memberi semangat kepada peminatnya untuk berusaha mencapai berat badan ideal menerusi beberapa posting gambar di laman Instagram miliknya.

"Kalau dahulu aku menangis, sekarang aku 'berpeluh'," tulisnya ringkas.

Adele memberi kata semangat buat peminatnya untuk terus bangkit.

Dalam pada itu, Adele bangkit dari episod hitam perceraiannya apabila dia mengumumkan bakal muncul dengan lagu baharu berentak rancak dan ceria.

Adele juga enggan terbawa-bawa dengan emosi sedih dalam lagu baharu dan hanya mahu berkongsi hal yang indah selepas ini.

Pada 20 April lalu, penyanyi Hello ini mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Simon Konecko.

Adele sebelum itu berkahwin secara rahsia dengan usahawan berusia 45 tahun itu pada 2016 selepas lima tahun bercinta.

Adele, langsing

Artikel Lain