suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya percaya cinta itu wujud” - Selena Gomez sanggup tunggu lama, cari pengganti Bieber

Selena dedah dia masih belum mempunyai kekasih sejak berpisah dengan Justin.

PENYANYI Selena Gomez berkata sudah dua tahun dia tidak menjalinkan hubungan cinta sejak berpisah dengan penyanyi Justin Bieber.

Menurut Selena, dia sentiasa menantikan cinta sejati dan sanggup menunggu biarpun mengambil masa yang lama.

"Saya sudah hampir dua tahun tak ada kekasih dan saya ingin tahu macam mana apabila bercinta selepas ini. Saya tidak pernah mahu hilang rasa cinta yang saya selalu impikan.

Selena dan Justin beberapa kali putus namun hubungan mereka betul-betul berakhir pada Mac tahun lalu.

"Saya tidak mahu menjadi orang yang tiada perasaan mengenai apa saja. Saya percaya cinta itu wujud dan saya gembira menantikannya walaupun ambil masa yang lama.

"Sebab kita semua akan lakukan perkara ini selama-lamanya. Ia tetap akan berjalan selagi kita tak jumpa cinta sejati," katanya kepada Hollywoodlife.

Selena dan Justin sebelum ini kembali menjalinkan hubungan cinta selepas beberapa kali putus namun hubungan itu berakhir pada Mac 2018.

Selena Gomez, Justin Bieber

Artikel Lain