suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nick Cannon masih memuji Mariah Carey - “Saya tidak akan berkahwin lagi, tiada yang dapat tandingi dia”

Nick enggan berkahwin lagi selepas berpisah dengan Mariah pada 2016.

BIARPUN sudah tidak lagi bersama sebagai pasangan suami isteri, pelakon dan penyanyi Nick Cannon menganggap perkahwinannya dengan Mariah Carey adalah pengalaman yang terbaik.

Menurut Nick, dia tidak terfikir untuk berkahwin semula memandangkan fokus utamanya kini hanya kepada diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik.

"Saya tidak akan berkahwin lagi sebab perkahwinan saya dengan orang sebelum ini adalah pengalaman yang sangat menakjubkan.

Nick dan Mariah bergilir-gilir menjaga anak mereka.

"Tiada yang dapat tandingi dia. Sejujurnya saya sekarang hanya fokus pada diri sendiri dan mencuba menjadi yang lebih baik," katanya secara eksklusif kepada Hollywoodlife.

Nick tidak berkahwin lagi selepas berpisah dengan Mariah pada 2016.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2008 dan mempunyai dua orang anak kembar iaitu Monroe Canon dan Morrocan Scott Canon.

Nick Cannon, Mariah Carey

Artikel Lain