suria

An Yu Jin (Iz*One) ambil keputusan untuk berhenti sekolah

Keluarga dan agensi akan sentiasa menyokong keputusan An Yu Jin.

AHLI kumpulan Iz*One iaitu An Yu Jin mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan persekolahan di School of Performing Arts Seoul.

Memetik laporan Soompi, sumber terdekat agensi Off The Record Entertainment memberitahu An Yu Jin dan keluarganya sudah berbincang mengenai masa depan selebriti itu.

"An Yu Jin, keluarga dia dan agensi sudah lama berbincang mengenai situasi dan masa depan penyanyi itu.

Kumpulan Iz*One.

"Mereka buat keputusan untuk An Yu Jin belajar sendiri, homeschooling (belajar dari rumah) dan ambil peperiksaan untuk mendapatkan sijil.

"Mereka juga menghormati keputusan itu dan akan sentiasa menyokong Ah Yu Jin," kata sumber. 

An Yu Jin, Iz*One

Artikel Lain