suria

Tahniah! BTS tercalon tiga kategori AMA 2019

BTS tercalon dalam tiga kategori AMA 2019.

KUMPULAN Kpop popular, BTS tercalon dalam tiga kategori di majlis anugerah American Music Award (AMA) 2019.

Menurut laporan CNN, BTS tercalon dalam kategori Favourite Duo & Group, Favourite Social Artist dan Tour Of The Year.

Dalam kategori duo dan kumpulan pilihan, BTS akan bersaing dengan The Jonas Brothers dan Panic! At The Disco.

Manakala untuk kategori Tour Of The Year, artis di bawah naungan Big Hit Entertainment ini akan bersaing dengan Ariana Grande, Elton John, Pink dan Ed Sheeran.

Pada 2019, BTS menjayakan konsert di beberapa lokasi di Amerika Syarikat iaitu di Los Angeles, Chicago, New Jersey dan Sao Paulo.

Kumpulan BTS juga melayakkan diri merebut anugerah Favourite Social Artist bersama kumpulan EXO, Billie Eilish, Ariana Grande dan Shawn Mendes.

Sementara, AMA kali turut memberikan penghargaan tertinggi menerusi kategori Artist Of The Year dengan lima nama besar akan bertanding iaitu Drake, Ariana Grandem Halsey, Post Malone dan Taylor Swift.

American Music Awards 2019 akan diadakan di Microsoft Theater, Los Angeles pada 24 November.

SUMBER: CNN

BTS, AMA 2019

Artikel Lain