Baru 4 bulan kahwin, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan mahu bercerai - Bintang Global | mStar

Baru 4 bulan kahwin, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan mahu bercerai

Perkahwinan di antara Priyanka Chopra dan Nick Jonas dikatakan sedang dilanda masalah.

PERKAHWINAN pasangan Priyanka Chopra dan penyanyi Nick Jonas yang dibina empat bulan lalu dilaporkan sedang bergolak.

Berita mengejutkan itu pertama kali dilaporkan oleh OK! Magazine yang mendakwa pasangan itu juga sudah bersedia untuk bercerai selepas tiada lagi perasaan cinta di antara mereka.

Dalam laporan itu juga menyebut pasangan itu didakwa sering bertengkar tentang pelbagai perkara selain Priyanka dikatakan bersikap mengawal suaminya itu.

"Mereka bergaduh tentang semua perkara... Nick dan Priyanka sebenarnya terburu-buru apabila mereka berkahwin dan mereka kini dalam keadaan tidak keruan.

Priyanka Chopra dan Nick Jonas berkahwin pada 1 Disember tahun lalu. 

"Sebelum ini Nick hanya nampak sifat isterinya yang lemah lembut namun selepas berkahwin baru dia nampak sikap baran dan mengawal isterinya.

"Ia satu kejutan buat Nick yang tidak disedarinya sebelum ini," kata sumber terdekat pasangan itu seperti dilaporkan India Today. 

Sementara itu, keluarga Nick juga merayu agar Nick menamatkan hubungannya dengan Priyanka kerana merasakan pelakon terkenal Bollywood itu seorang yang keanak-anakkan.

"Mereka ingat Priyanka seorang wanita matang dan sudah bersedia untuk memulakan sebuah keluarga serta mendapat cahaya mata namun kini mereka merasakan dia seperti seorang remaja yang masih mahu berparti," katanya lagi.

Nick, 26, dan Priyanka, 36, berkahwin pada 1 Disember tahun lalu dan mereka sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Julai hanya selepas dua bulan bercinta.

Nick Jonas , Priyanka Chopra

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain