suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anna Faris gembira bekas suami bakal berkahwin dengan Katherine Schwarzenegger

Anna dan Chris bercerai pada 2017.

BIARPUN pelakon Chris Pratt dan bekas isterinya Anna Faris bukan lagi suami-isteri namun mereka masih menjalinkan hubungan yang baik.

Malah, Anna antara orang pertama Chris berkongsi berita gembira dia melamar kekasihnya iaitu Katherine Schwarzenegger pada Rabu.

"Chris ada memberitahu saya sehari selepas dia melamar Katherine dan saya berasa ia sesuatu yang sangat bagus.

"Saya sangat gembira untuk Chris dan Katherine. Saya sayang mereka berdua," katanya menerusi laporan Liputan6.

Chris berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa selepas mereka menjalinkan hubungan cinta selama tujuh bulan.

Sebelum ini, Chris dan Anna berkahwin pada 2009 namun perkahwinan mereka telah berakhir pada 2017.

Artikel Lain