suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seungri (Big Bang) kesal tidak dapat layanan istimewa pengurusan

AHLI kumpulan Big Bang iaitu Seungri yang kini bergerak solo dalam konsert jelajah Asia The Great Seungri.

Dia yang kini baharu sahaja mengadakan konsert di Hong Kong meluahkan rasa kesal terhadap pihak pengurusannya YG Entertainment.

Seperti dipetik Koreaboo, Seungri berkata, pengarah urusan YG Entertainment iaitu Yang Hyun Suk tidak berlaku adil kerana enggan menyediakan penari latar pada konsert tersebut.

Akhirnya Seungri tampil dengan dua penari latar sehingga menimbulkan kemarahan peminat yang tidak berpuas hati dengan persembahan tersebut.

"YG Entertainment benar-benar keterlaluan. Seungri terpaksa muncul dengan hanya dua penari . Malah bosnya sendiri tidak tahu dia sedang mengadakan konsert.

Penyanyi berkenaan akan meneruskan konsert jelajahnya di Jepun dan Korea sehingga Mac depan sebelum dia bercuti untuk menjalani latihan ketenteraan.

Seungri Big Bang

Artikel Lain