suria

Hugh Grant minta pencuri pecahkan kereta segera pulangkan skrip

PELAKON terkenal Hugh Grant mendedahkan keretanya dipecahkan oleh pencuri pada Ahad lalu dan membawa lari skrip tulisannya yang diletakkan di dalam kenderaan itu.

People melaporkan Hugh mendedahkan perkara itu di Twitter miliknya dan turut merayu kepada pencuri itu agar memulangkan skrip tersebut yang disifatkan sangat berharga kepadanya.

"Walaupun tiada peluang untuk mengenal pasti individu yang memecahkan kereta saya, saya merayu sekurang-kurangnya pulangkan skrip.

"Berminggu-minggu saya habiskan untuk mencari idea dan menulis skrip itu dan kalau boleh pulangkan sekali kad insurans anak-anak saya," katanya.

Hugh turut meletakkan alamat pejabatnya dengan harapan pencuri itu akan memulangkan skrip tersebut.

Bagaimanapun Hugh tidak mendedahkan lokasi kejadian atau butiran mengenai skrip yang dicuri itu.

Hugh Grant

Artikel Lain