suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Janet Jackson hubungi polis bimbang keselamatan anak

Janet Jackson dan Wissam berpisah selepas tiga bulan anak mereka, Eissa Al Mana dilahirkan.

PENYANYI Janet Jackson menelefon pihak polis pada malam Sabtu lalu selepas bimbang dengan keselamatan anak lelakinya, Eissa Al Mana.

CNN melaporkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap kanak-kanak berusia hampir dua tahun itu bagi pihak Janet yang ketika itu bawah jagaan bapanya, Wissam Al-Mana.

Polis kemudiannya mengesahkan menemui Wissam dan Eissa berada dalam keadaan baik bersama bapanya.

Janet berkahwin dengan jutawan dari Qatar itu pada Oktober 2012 sebelum mengumumkan dia hamil anak pertama pada Oktober 2016 pada usia 50 tahun.

Janet dan Wissam Al-Mana berkahwin pada 2012 sebelum mengumumkan perpisahan mereka pada April tahun lalu.

Pasangan itu menimang cahaya mata mereka pada Januari 2017 sebelum Janet mengumumkan berpisah dengan Wissam pada April tahun sama.

Proses perceraian pasangan itu masih berjalan di mahkamah.

Janet dikatakan bimbang dengan keselamatan anaknya selepas mendakwa sikap Wissam yang panas baran membahayakan anak mereka.

Kebimbangan itu turut diluahkan oleh pengasuh Eissa yang mengadu kepada Janet sebelum penyanyi itu menelefon polis.

Janet Jackson, Wissam Al Mana

Artikel Lain