suria

John Legend Bakal Timang Anak Kedua

Chrissy dan John Legend bakal menimang cahaya mata kedua.

PENYANYI John Legend dan isteri, Chrissy Teigen bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Billboard melaporkan Chrissy berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah video di Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi video sama, anak pertama pasangan itu, Luna Simone turut kelihatan menggosok 'baby bump' yang mula membesar.

"Luna, apa yang ada di dalam perut ibu?" soal Chrissy kepada anaknya itu.

Anak perempuannya yang berusia setahun itu lantas menjawab 'baby' sebagai respon apa yang terdapat di dalam perut ibunya.

Video itu mendapat tiga juta tontonan dan rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan berharap kandungannya itu sihat dan berjalan lancar.

Penyanyi lagu All of Me itu berkahwin dengan Chrissy pada September 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada April tahun lalu.

John Legend

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain